BG

Thursday, May 22, 2014

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahukah anda bahawa Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 3. Liver (penyakit hati) 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi) 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 12. Irritability (Badan menggeletar) 13. Fatigue (Letih lesu) 14. Weakness (Lemah) 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.

======================

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom baca apa itu protein dan apa penting nya protein untuk badan kita..

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.




PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.
Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water 2. 25% Protein 3. 8% Fats 4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


nak protein dari pengambilan shaklee???

ESP : MEAL SHAKES
====================================================

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.




HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Keistimewaan yang lain adalah yang hanie rasakan adalah harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan penapis air jenama lain dan penapis air ni mudah alih, maksudnya senang nak dibawa kemana sahaja.
====================================================



SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, May 21, 2014

Cara Hilangkan Perut Buncit

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.

Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.

Minum air

Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.

Makan dengan tertib

Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.

Kurangkan garam

Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

Hindari sembelit

Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilih serat yang sesuai

Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).

Senaman

Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
-------------------------------------------------

Dah tau kan cara nak hilangkan perut buncit?

Atau nak cara mudah hilang kan perut buncit??

OMEGA GUARD SHAKLEE boleh membantu!!! :).. dengan pengambilan secara konsisten, insyaAllah perut buncit terbukti dapat dikurangkan..

====================================================


SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Khasiat & Kebaikan Kurma, Badam buat Ibu Hamil

Khasiat Kurma




Sumber: MamaBusyra


Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Kacang Badam / Almond
Nak tahu salah satu rahsia kebijaksanaan orang Yahudi? Kebanyakkan ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
  • Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
  • Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
  • Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.
  • selain ambil makanan sunnah.. apa kata lengkapkan nutrisi dalam badan semasa hamil dengan pengambilan vitamin shaklee ... insyaAllah banyak membantu pada ibu yang hamil ..

    boleh baca apa set hamil yang shaklee sediakan (klik pada link) :

    SET IBU HAMIL


    ====================================================



    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    VITAMIN SHAKLEE UNTUK SEMUA GOLONGAN

    Assalamualaikum..

    Ramai yang tertanya-tanya.. vitamin shaklee ni sesuai untuk siapa dan untuk apa...
    Kali ni saya jelas kan bahawa vitamin shaklee ini sesuai untuk semua golongan.

    Vitamin Shaklee memang sesuai utk seisi keluarga. Sesuai untuk suami, ibu, ayah, kakak, abang, adik dan anak-anak juga.

    Saya senaraikan kesesuaian vitamin di sini :

    BreastFeeding
    Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix, Omega Guard

    Berpantang
    Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Zinc, Vitamin-E, Energizing Soy Protein (ESP) & Omega Guard.

    Kehamilan
    Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Omega Guard.

    Anti-Aging
    Vivix

    Anti-Oxidants
    CarotoMax, Vitamin-C, Vitamin-E & Vivix.

    Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata) & Eczema
    Alfalfa, B-Complex & Vitamin-C.

    Kanak-kanak (1 tahun ke atas)

    OmegaGuard & Meal Shake.

    Kanak-kanak (4 tahun ke atas)
    Chewable Vita-Lea, Chewable Vit-C (100mg), OmegaGuard & Meal Shake.


    Diabetes
    Fiber, GLA Complex, B-Complex & Vitamin-C.

    Kesuburan
    Alfalfa, GLA Complex, Vita-E, Zinc Complex, B-Complex & Vitamin-C.

    Detox
    Alfalfa, Herb-Lax, DTX Complex.

    Gout

    Fiber, Performance Drink, OmegaGuard & Alfalfa.

    Haji & Umrah
    Performance Drink, OsteMatrix, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Fiber Unflavored

    Immune Booster
    NutriFeron

    Period/ Sunggugut
    Alfalfa, GLA Complex & OsteMatrix

    Kesihatan Lelaki
    Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, OsteMatrix, Omega Guard & Performance Drink (for active lifestyle).

    Kecantikan kulit
    B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, GLA Complex, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Vivix.

    Pelajar (12 tahun ke atas)

    Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Lecithin & Omega.

    Shape Up Program / Pelangsingan badan

    Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix.

    Individu yang tidak boleh mengambil pil.
    Meal Shake, Energizing Soy Protein (ESP), Vivix & NutriFeron

    ====================================================

    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Tuesday, May 20, 2014

    SET MIGRAIN SHAKLEE

    Migraine ni sakit kepala yang amat sangat. Bermula dengan denyut-denyut di bahagian atas atau belakang mata dan kadang-kadang boleh bermula di bahagian belakang kepala dan merebak ke seluruh kepala. Selalunya diikuti dengan rasa mual ataupun loya, muntah-muntah, kabur penglihatan,atau rasa kebas-kebas. Gangguan -gangguan ni boleh melarat sehingga 18 jam.


    Antara PUNCA-PUNCA migraine ialah:
    **Alahan
    **Stres
    **Liver (Hati) bermasalah
    **Sembelit
    **Pencemaran udara atau alam sekitar
    **Kekurangan bersenam atau tak cukup rehat
    **Keadaan kimia otak yang berlebihan yang mengakibatkan saluran darah di bahagian otak sempit.
    **Perasaan gelisah/kebimbangan/kerisauan
    **Pemakanan (Diet) yang tak seimbang
    **Radiasi
    **Penggunaan dadah
    Suplemen yang disyorkan ialah:
    OSTEMATRIX
    ***************
    Pengidap migraine dinasihatkan mengambil calcium dan magnesium dalam jangkamasa panjang. Minerals ini dapat membantu mengekalkan pembuluh darah yang sihat. Kajian menunjukkan seseorang yang mengalami migraine mengalami kekurangan magnesium di dalam badan.
    Ostematrix  Shaklee lengkap dengan kalsium dan magnesium yang dapat membantu mengurangkan masalah migraine yang ada alami. Ostematrix Shaklee mempunyai kandungan yang paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Mempunyai formula yang unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ianya mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Mangnes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 

    B-COMPLEX
    **************
    Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

    B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

    **B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
    Menurut kajian, pengambilan 400mg Vitamin B riboflavin dapat mengurangkan serangan migraine.
    VITA-C
    ********
    Sustained release Vita-C dari Shaklee menggunakan kaedah pembebasan berterusan secara semulajadi. Ianya berfungsi secara perlahan untuk selama 24 jam di dalam tubuh. Formula unik ini membenarkan pelepasan Vitamin C tulen secara perlahan & berterusan selama 5 jam dimana 100mg dilepaskan setiap satu jam.
    Telah diuji secara klinikal dimana jika diambil 2 kali selang 5 jam akan dapat mengekalkan paras Vitamin C lebih dari 24 jam.
    Setiap tablet Vita-C membekalkan 500mg Vitamin C dan bersamaan dengan 7.5 biji buah oren.
    Vita-C membekalkan bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg.
    ====================================================
    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    APA ITU MIGRAIN


    Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

    Classic Migraine

    Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

    Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula

    Common Migraine

    Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.



    Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

    1) Pemakanan

    Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang

    2) Hormone

    Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

    3) Cara hidup

    Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

    Cara mengurangkan kesakitan migraine :

    Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

    Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.


    ====================================================


    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


    Wednesday, May 7, 2014

    10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

    10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
    1. Paras gula darah tinggi
      Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
    2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
      Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
      Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
      Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
    3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
      Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
      Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
    4. Sentiasa rasa lapar
      Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
      Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
    5. Luka lambat sembuh
      Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
    6. Keletihan dan cepat marah
      Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
    7. Terdedah kepada jangkitan kulat
      Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
    8. Penglihatan kabur
      Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
      Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
    9. Sensasi pada tangan dan kaki
      Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
    10. Kulit merengsa
      Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

      ====================================================


      SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
      SID : 959912
        
      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Tuesday, May 6, 2014

    DIABETES

    Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
    Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.


    Jenis kencing manis

    Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
    Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

    ====================================================

    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

    Munie Shaklee Murah

    Monday, May 5, 2014

    Tanda-tanda awal penyakit DIABETES

    Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

    1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
    2. Letih dan lemah otot.
    3. Berat badan menurun.
    4. Penglihatan kabur.
    5. Gatal.
    6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
    7. Luka yang lambat sembuh.
    8. Kerap kencing.
    9. Gatal pada kemaluan.
    10. Rasa kebas. 

    Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes?

    1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin
      tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
    2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
    3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
    4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
    5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran
      adalah empat kilogram atau lebih).
    6. Tekanan darah tinggi.
    7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
    8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi
      dan kurang pengambilan makanan berserat.
    9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi. 

    Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes:

    1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada
      haiwan. 
    2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan
      kurangkan makanan yang diproses. 
    3. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
    4. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan
      pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu 
      yang
      berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan
      dan makanan di pasaran yang
      dibakar dengan lemak trans.
    5. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak.
      Kurangkan pengambilan gula, kurangkan
      makanan dihasilkan menggunakan tepung putih.
      Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu
      dan baca kandungan serta pada roti itu. 
    6. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah
      lemak sehari.
    7. Ambil makanan berprotein secara sederhana.
      Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 
    8. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang
      daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung
      dalam garam dan makanan dalam tin. 
    9. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang,
      buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran.
      Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu
      rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 
    10. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum. 
    11. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak
      dengan membakar, panggang atau gril berbanding
      menggoreng.
    12. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai
      hidangan, cuba kurangkan kuantitinya.
      Hindari lemak daging, daging proses dan hati. 
    13. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata
      tidak lebih daripada sebiji telur kuning
      sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak
      atau dibuat kek. 
    14. Gunakan minyak sayuran secara sederhana.
      Utamakan minyak zaitun dan minyak canola.
      Kurangkan penggunaan minyak sayuran,
      minyak sawit dan santan.
    SET DIABETES (KENCING MANIS) - Shaklee juga ada
    suplemen yang boleh membantu mengawal penyakit
    diabetes. Diantara yang dicadangkan :

    • GLA
    • B COMPLEX
    • ESP
    • ZINC
    • VIVIX
    =======================================

    SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
    SID : 959912
      
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
    menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


    Munie Shaklee Murah
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...