Apakah itu
tekanan darah tinggi?
Tekanan darah
tinggi atau hiertensi merujuk kepada tekanan darah yang melebihi paras normal
iaitu 100-140mmHg (bacaan atas/sistolik) dan 6--90mmHg untuk bacaan bawah atau
diastolik. Tekanan ini berlaku apabila tekanan darah pada arteri meningkat.
Bahaya
hipertensi
Tekanan darah
yang tidak stabil boleh mencetuskan penyakit kardiovaskular dan
serebrovaskular.
Tekanan darah
yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang akan merosakkan struktur dan
fungsi saluran darah serta memusnahkan lelehan vaskular-keseimbangan dinamik
endotelin dan karbon monoksida, bahan-bahan penting untuk menstabilkan tekanan
darah.
Apabila
keseimbangan ini terganggu, tekanan darah akan kerap meningkat dan
fungsi-fungsi vasodilasi dan vasokonstriksi akan terjejas.
Ia boleh
diumpamakan seperti pita getah elastik yang mudah putus setelah diregangkan
berkali-kali; oleh itu hipertensi (darah tinggi) hendaklah di rawat terlebih
dahulu untuk menghapuskan punca sebenar arterisklerosis jantung dan otak, dan
pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penyembuhan
salur-salur darah yang mengalami sklerosis.
Pakar-pakar
perubatan berpendapat bahawa langkah pencegahan dan rawatan untuk
penyakit-penyakit kardio-serebrovaskular hendaklah tertumpu kepada usaha
mencegah arterisklerosiskerana arteri merupakan rangkaian lalu-lintas seluruh
tubuh.
Jika plak wujud
pada dinding arteri tidak dihapuskan kesesakan lalu lintas akan bertambah buruk
dengan iskemia dan nekrosis yang terjadi dalam organ-organ terbabit.
Pembentukan plak mengambil masa lebih kurang 10-15 tahun tanpa sebarang simptom
yang ketara.
Pesakit
hipertensi merupakan golongan yang paling berisiko menghidapi penyakit
kardio-serebrovaskular di seluruh dunia.
Punca atau
faktor hipertensi ini terjadi
Faktor utama
terjadinya hipertensi ialah peningkatan usia. Tekanan darah tidak lagi dapat
mengepam darah pada paras normal seiring dengan peningkatan usia. Faktor lain
adalah seperti stress, pengambilan kafein berlebihan, obesiti dan kehamilan.
Rawatan yang
disarankan untuk hipertensi.
Penyakit
hipertensi hendaklah sentiasa mencari perlindungan vaskular dan tidak
bergantung kepada rawatan tunggal yang rumit. Sebaliknya mengambil beberapa
gabungan rawatan yang fokus kepada perlindungan vaskular.
Ubatan yang
digunakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
- kesan
tereupatik merendahkan tekanan darah dan menormalkan keterlapan salur darah
- menguatkan
keterkecutan kardium
- meningkatkan
keluaran kardium
- mengurangkan
penggunaan oksigen oleh otot-otot kardium
- mengembangkan
arteri koronari
- meningkatkan
aliran darah koronari
- melancarkan
pengaliran darah miokardium