BG

Thursday, December 26, 2013

Alfalfa Shaklee - Info

Alfalfa merupakan pohon renek dan rendang yang mempunyai akar yang panjang dan jauh ke dalam tanah; mencapai antara 10 hingga 20 kaki. Dengan akar yang panjang itulah ia dapat menyerap pelbagai sumber vitamin dan mineral di dalam tanah.

Daun Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang sangat bagus untuk merawat keputihan, kolestrol, kencing manis, ulser peptik, sembelit dan bahkan pernah terbukti merawat sakit kanser.

Alfalfa shaklee juga sangat femes dalam Set Penyusuan Shaklee kerana ia terkenal sebagai Milk Booster yang hebat.

Alfalfa membantu merangsang susu yang  banyak kerana ia kaya dengan protein. Protein pula merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Kandungan protein dalam alfalfa adalah lebih banyak dari sumber protein lain.

Info : Protein dalam Alfalfa lebih 18.9% dari daging lembu, lebih 3.3% dari susu dan lebih 13.1% dari telur.

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 



SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)

SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Munie Shaklee Murah

TALASEMIA & SHAKLEE

PENYAKIT TALASEMIA DAN VITAMIN SHAKLEE
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah.

Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.

Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.

Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.

Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.

Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.

Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

JENIS-JENIS TALASEMIA

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

Talasemia minor :

Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major :

Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
-Tubuh pucat,lemah, dan gelisah
-Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
-Jaundis
-Tumbesaran terbantut
-Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
-Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi.

Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, pengambilan VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE dan ALFALFA tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B-COMPLEX. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

VITA E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

OSTEMATRIX (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

Selain itu, Energizing Soy Protein, ESP juga disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.


Kesimpulan nya.. anda yang menghidapi talasemia di cadangkan untuk mengambil BCOMPLEX, VITA E, OSTE dan ESP..


~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~


Hubungi Saya 

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  Munie Shaklee Murah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Monday, December 23, 2013

Set Berpantang Shaklee


Set Bersalin Shaklee/ Set Berpantang Shaklee SET ASAS

 Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.
B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.
Vita C,  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.
Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


Set Bersalin Shaklee/ Set Berpantang Shaklee SET 3M 



gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa.
Set ini juga terkenal sebagai set menyusu shaklee.
Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah 3M itu?
3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK
atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK :) :) :)
atau apa sahaja anda fikir menarik…Menyusu..Menyihat..Menyubur (boleh ke ni ;) )

ESP, non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.
Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.
Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan  protein.
Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.
Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.
Alfalfa, bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.
Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.
atau anda boleh lihat

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
 Munie Shaklee Murah 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Tuesday, December 3, 2013

Kelebihan Omega Guard Shaklee

OFFER BELI 6 FREE 1 OMEGA GUARD DISEMBER 2013- JIMAT!!!

Omega Guard minyak ikan TERBAIK dunia!
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.


Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat
~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 


SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
Munie Shaklee Murah  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...