Saya
jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al
Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan
menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan
rm35 juta.
Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya
mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia
berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
1.
Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya.
Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang
usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
2. Jaga masa. Ia datang
dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik
cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid
sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha
cari rezeki.
3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
4.
Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh
sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat.
Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran.
Maka dia pun nasihatkan saya,
"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas
satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga
Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran
seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa
dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam
Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca
surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab
Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda
Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali,
dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali
khatam.”
Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca
surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas
asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.
5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.
Kata leaki tua ini lagi:
6.
Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula
dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang
kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan
dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu
kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
7. Waktu
maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari
masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah
sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur.
Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh
dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira
untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.
8.
Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri.
Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat
bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang
penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat
pengasih". Hehehe.
9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap
letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan
dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak
pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun,
baginda ajar kita maafkan semua orang.
10. Niat mahu kaya. Niat
mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam
tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis
alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul
betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu
membahagiakan ramai orang.
11.
Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan.
Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud
lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa
sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak
serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.
sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga
dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang
surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia
haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang
kita jual.
12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri
kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain
rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya
jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu
ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan
semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
13. Apa
lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu
melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi
satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh
sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la
mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
(Cukuplah tu.
Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum
peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai
20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
14. Kita kena
buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak
bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat.
Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang
puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat
bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap.
Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu
beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu
tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
15.
Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting
rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak
Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak
Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut
disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip
sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala
orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.
Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
16.
Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90
minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia
ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel,
tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah
kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku
yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah
perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah
surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di
mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua
syurga"
17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik
bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima,
namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan
ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku
bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat
dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah
letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman
tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik
mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah
rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.
18. Anak..Apabila
mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak
hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama.
Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia.
Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan
mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari
langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara.
Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam
bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak,
ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu
dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)
19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
"Apabila
kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera
terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh,
kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya
hanya kembali apabila kita kaya semula"
Rajinlah berusaha. Wang
bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan
wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan
banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati
mereka bersimpang simpang.
20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk
pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi
setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di
pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum
isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu
berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap
Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.
Coretan daripada Dato Roslan Ab Hamid
FB: https://www.facebook.com/roslan.abhamid?fref=ts
Wednesday, June 25, 2014
Monday, June 16, 2014
SHAKLEE boleh didapati dimana???
Assalamualaikum,
Saya pernah ditanya,
"kak, kalau saya beli je vitamin di Farmasi boleh tak? sama je kan..?"
Sebenarnya, itulah yang membuatkan Shaklee ini istimewa.
Ia TIDAK dijual di farmasi.. supermarket.. pasar raya membeli belah mahupun kedai ubat/klinik.
ia HANYA dijual di:
-Headquarters Shaklee di Subang Empire
-cawangan-cawangan Shaklee
dan juga boleh didapati dari...
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! iaitu saya (salah seorangnya la..)
So, now u know...
ONLINE JE SKANG KALAU NAK ORDER.. MUDAH BUKAN??
PM/WHATSAPP : 013 912 2428(MUNIE)
Saya pernah ditanya,
"kak, kalau saya beli je vitamin di Farmasi boleh tak? sama je kan..?"
Sebenarnya, itulah yang membuatkan Shaklee ini istimewa.
Ia TIDAK dijual di farmasi.. supermarket.. pasar raya membeli belah mahupun kedai ubat/klinik.
ia HANYA dijual di:
-Headquarters Shaklee di Subang Empire
-cawangan-cawangan Shaklee
dan juga boleh didapati dari...
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! iaitu saya (salah seorangnya la..)
So, now u know...
ONLINE JE SKANG KALAU NAK ORDER.. MUDAH BUKAN??
PM/WHATSAPP : 013 912 2428(MUNIE)
Subscribe to:
Posts (Atom)