BG

Tuesday, October 14, 2014

SUPLEMEN SHAKLEE UTK DARAH TINGGI

Supplemen Shaklee yang disarankan untuk kes-kes hipertensi ini ialah:

1. Garlic
2. Vitamin E complex
3. Omegaguard
4. lecithin

fungsi garlic shaklee
- dibuat daripada bawang putih jenis premium, ditanam secara organik dan bebas racun perosak
- mengandungi spearmint: yang berfungsi mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
- mengurangkan tekanan darah tinggi
- bertindak sebagai detox
- menurunkan paras kolesterol
- meningkatkan sitem penghadaman
- mencegah kanser
- menstabilkan glukos
- bertindak sebagai antibiotik yang selamat dan semulajadi dalam meningkatkan sistem imun tubuh dalam melawan penyakit
- menghalang alergi
**untuk penyakit darah tinggi disarankan ambil 2 tablet untuk 2/3kali sehari.

fungsi vita E complex
- pengambilan 800IU vitamin E dapat membentuk jantung yang sihat
- antioksidan dan antipenuaan yang efektif
- memperbaiki arthritis
** Dicadangkan 2 kapsul sehari untuk jantung yang sihat

fungsi omega guard
- Omega guard ialah minyak ikan yang mengandungi omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA
- DHA dan EPA boleh menghalang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah
- melincirkan saluran darah
- merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah didalam badan
- mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis dan mengawal risiko penyakit jantung
- meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
- mencegah kanser
**Cadangan 2 kapsul, 2 kali sehari


fungsi lecithin
- Lecithin akan bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak2 yg lain.
- melarutkan lemak2 yang biasanya meyumbat saluran darah pengidap darah tinggi.
- membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras
- pakar mengesyorkan pengambilan sehingga 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

**Cadangan 3-5 kapsul, 2 kali sehari


~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Monday, October 13, 2014

TEKANAN DARAH TINGGI


Apakah itu tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi atau hiertensi merujuk kepada tekanan darah yang melebihi paras normal iaitu 100-140mmHg (bacaan atas/sistolik) dan 6--90mmHg untuk bacaan bawah atau diastolik. Tekanan ini berlaku apabila tekanan darah pada arteri meningkat.

Bahaya hipertensi
Tekanan darah yang tidak stabil boleh mencetuskan penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular.
Tekanan darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang akan merosakkan struktur dan fungsi saluran darah serta memusnahkan lelehan vaskular-keseimbangan dinamik endotelin dan karbon monoksida, bahan-bahan penting untuk menstabilkan tekanan darah.
Apabila keseimbangan ini terganggu, tekanan darah akan kerap meningkat dan fungsi-fungsi vasodilasi dan vasokonstriksi akan terjejas.
Ia boleh diumpamakan seperti pita getah elastik yang mudah putus setelah diregangkan berkali-kali; oleh itu hipertensi (darah tinggi) hendaklah di rawat terlebih dahulu untuk menghapuskan punca sebenar arterisklerosis jantung dan otak, dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penyembuhan salur-salur darah yang mengalami sklerosis.
Pakar-pakar perubatan berpendapat bahawa langkah pencegahan dan rawatan untuk penyakit-penyakit kardio-serebrovaskular hendaklah tertumpu kepada usaha mencegah arterisklerosiskerana arteri merupakan rangkaian lalu-lintas seluruh tubuh.
Jika plak wujud pada dinding arteri tidak dihapuskan kesesakan lalu lintas akan bertambah buruk dengan iskemia dan nekrosis yang terjadi dalam organ-organ terbabit. Pembentukan plak mengambil masa lebih kurang 10-15 tahun tanpa sebarang simptom yang ketara.
Pesakit hipertensi merupakan golongan yang paling berisiko menghidapi penyakit kardio-serebrovaskular di seluruh dunia.

Punca atau faktor hipertensi ini terjadi
Faktor utama terjadinya hipertensi ialah peningkatan usia. Tekanan darah tidak lagi dapat mengepam darah pada paras normal seiring dengan peningkatan usia. Faktor lain adalah seperti stress, pengambilan kafein berlebihan, obesiti dan kehamilan.

Rawatan yang disarankan untuk hipertensi.
Penyakit hipertensi hendaklah sentiasa mencari perlindungan vaskular dan tidak bergantung kepada rawatan tunggal yang rumit. Sebaliknya mengambil beberapa gabungan rawatan yang fokus kepada perlindungan vaskular.
Ubatan yang digunakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
- kesan tereupatik merendahkan tekanan darah dan menormalkan keterlapan salur darah
- menguatkan keterkecutan kardium
- meningkatkan keluaran kardium
- mengurangkan penggunaan oksigen oleh otot-otot kardium
- mengembangkan arteri koronari
- meningkatkan aliran darah koronari
- melancarkan pengaliran darah miokardium

- merendahkan tahap lipid plasma yang ketara

~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Thursday, October 9, 2014

KEBAIKAN ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum...

Ada yang bertanya apakah kebaikan Alfalfa? Berikut adalah kebaikan Alfalfa shaklee



(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera


(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.


~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Wednesday, October 8, 2014

DTX Complex SHAKLEE

DTX Complex SHAKLEE

Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :


"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."


"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolisma protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.


Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.


DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada pada
 
Beberapa peneliti mengungkapkan, lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerusakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahwa lingkaran hitam di daerah mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah suatu tanda bahwa seseorang terserang penyakit hati.

Mata berwarna kuning
 
Mata yang berwarna putih jika Anda penderita penyakit hati akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar Anda harus segera memeriksakan diri ke dokter.

Perut menjadi buncit
 
Perut yang membesar tetapi tidak mengonsumsi banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Pasalnya, perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerusakan di hati.

Bau mulut yang menyengat
 
Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini terkait adanya kelebihan ammonia yang diproduksi dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Banyak penyakit boleh dihidapi jika hati gagal berfungsi. Dari itu jom jaga organ hati kita dengan DTX Complex Shaklee dan jaga hati kita dengan amalan rohani

~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Tuesday, October 7, 2014

CARATOMAX SHAKLEE

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta-karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.





Manfaat Utama:
  • Lebih selamat daripada Vitamin A: Pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toxicity. Walaubagaimana pun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekusor vitamin A dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan. 
  • Mempertingkatkan penglihatan : Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata. 
  • Meredakan penyakit kulit : Pengambilan yang konsisten akan melegakan masalah kulit seperti psioriasis, senile plaque, kulit kering, jerawat dan akne. 
  • Melawan kanser dan oksidasi: Pengambilan  kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Menghalang Infeksi: melalui cara merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit berkait sistem respiratori
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat

======================
~    ~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Thursday, August 28, 2014

Kebaikan HERBAL BLEND SHAKLEE

Apalah istimewa sangat Herbal blend ni ye sampai berebut-rebut orang nak beli? Di sini saya kongsikan antara kebaikan krim unik ini :-)

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga.  Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah


Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)


3. Ubat luka atau melecur


Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi


Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.


Wednesday, June 25, 2014

LELAKI TUA DENGAN KAIN PELIKAT

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.


Kata leaki tua ini lagi:

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.


11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.


16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Coretan daripada Dato Roslan Ab Hamid

FB: https://www.facebook.com/roslan.abhamid?fref=ts

Monday, June 16, 2014

SHAKLEE boleh didapati dimana???

Assalamualaikum,

Saya pernah ditanya,

"kak, kalau saya beli je vitamin di Farmasi boleh tak? sama je kan..?"

Sebenarnya, itulah yang membuatkan Shaklee ini istimewa.

Ia TIDAK dijual di farmasi.. supermarket.. pasar raya membeli belah mahupun kedai ubat/klinik.

ia HANYA dijual di:

-Headquarters Shaklee di Subang Empire

-cawangan-cawangan Shaklee

dan juga boleh didapati dari...

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR! iaitu saya (salah seorangnya la..)

So, now u know...

ONLINE JE SKANG KALAU NAK ORDER.. MUDAH BUKAN??

PM/WHATSAPP : 013 912 2428(MUNIE)

Thursday, May 22, 2014

Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) kepada semua golongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahukah anda bahawa Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 3. Liver (penyakit hati) 4. High Cholesterol (kolesterol tinggi) 5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 12. Irritability (Badan menggeletar) 13. Fatigue (Letih lesu) 14. Weakness (Lemah) 15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Ibu yang menyusukan: menambah dan mengekalkan milk supply ; increase berat badan baby healthily. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.

======================

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom baca apa itu protein dan apa penting nya protein untuk badan kita..

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

Selain itu, protein sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protein. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protein dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.




PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.
Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water 2. 25% Protein 3. 8% Fats 4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%


nak protein dari pengambilan shaklee???

ESP : MEAL SHAKES
====================================================

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.




HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Keistimewaan yang lain adalah yang hanie rasakan adalah harganya yang murah jika nak dibandingkan dengan penapis air jenama lain dan penapis air ni mudah alih, maksudnya senang nak dibawa kemana sahaja.
====================================================



SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...