BG

Thursday, December 26, 2013

Alfalfa Shaklee - Info

Alfalfa merupakan pohon renek dan rendang yang mempunyai akar yang panjang dan jauh ke dalam tanah; mencapai antara 10 hingga 20 kaki. Dengan akar yang panjang itulah ia dapat menyerap pelbagai sumber vitamin dan mineral di dalam tanah.

Daun Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang sangat bagus untuk merawat keputihan, kolestrol, kencing manis, ulser peptik, sembelit dan bahkan pernah terbukti merawat sakit kanser.

Alfalfa shaklee juga sangat femes dalam Set Penyusuan Shaklee kerana ia terkenal sebagai Milk Booster yang hebat.

Alfalfa membantu merangsang susu yang  banyak kerana ia kaya dengan protein. Protein pula merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Kandungan protein dalam alfalfa adalah lebih banyak dari sumber protein lain.

Info : Protein dalam Alfalfa lebih 18.9% dari daging lembu, lebih 3.3% dari susu dan lebih 13.1% dari telur.

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 



SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)

SID : 959912
  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Munie Shaklee Murah

TALASEMIA & SHAKLEE

PENYAKIT TALASEMIA DAN VITAMIN SHAKLEE
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah.

Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.

Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.

Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.

Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia.

Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.

Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.

JENIS-JENIS TALASEMIA

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

Talasemia minor :

Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major :

Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
-Tubuh pucat,lemah, dan gelisah
-Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
-Jaundis
-Tumbesaran terbantut
-Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
-Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil suplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi.

Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, pengambilan VITALEA IRON FORMULA SHAKLEE dan ALFALFA tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia.

Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B-COMPLEX. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

VITA E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

OSTEMATRIX (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.

Selain itu, Energizing Soy Protein, ESP juga disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.


Kesimpulan nya.. anda yang menghidapi talasemia di cadangkan untuk mengambil BCOMPLEX, VITA E, OSTE dan ESP..


~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~


Hubungi Saya 

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
  Munie Shaklee Murah

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Monday, December 23, 2013

Set Berpantang Shaklee


Set Bersalin Shaklee/ Set Berpantang Shaklee SET ASAS

 Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.
B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.
Vita C,  mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.
Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.


Set Bersalin Shaklee/ Set Berpantang Shaklee SET 3M 



gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa.
Set ini juga terkenal sebagai set menyusu shaklee.
Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah 3M itu?
3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK
atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK :) :) :)
atau apa sahaja anda fikir menarik…Menyusu..Menyihat..Menyubur (boleh ke ni ;) )

ESP, non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.
Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.
Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan  protein.
Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.
Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh.
Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi.
Alfalfa, bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan.
Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning.
atau anda boleh lihat

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
 Munie Shaklee Murah 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Tuesday, December 3, 2013

Kelebihan Omega Guard Shaklee

OFFER BELI 6 FREE 1 OMEGA GUARD DISEMBER 2013- JIMAT!!!

Omega Guard minyak ikan TERBAIK dunia!
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.


Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat
~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 


SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
Munie Shaklee Murah  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Sunday, November 24, 2013

VITAMIN E - VITAMIN CINTA

Khasiat Vitamin E :

· Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara

· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.

· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 

· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.

· Merendahkan kadar kolesterol.

· Membantu mencegah kanser.

· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.

· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

Hubungi Saya 


SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
Munie Shaklee Murah  
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Sunday, November 17, 2013

Set Gout Shaklee

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:



Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun.
Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut.

Di bawah adalah contoh makanan yang perlu dielakkan:-
Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
Daging yang cincang
Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

Credit to : Naturalvitaminshop
Munie Shaklee Murah
~Jom Sihat Dengan Shaklee~~

:)

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Sunday, November 10, 2013

Kegunaan dan Cara Basic H

KEGUNAAN & CARA


1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit

4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)

8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya

  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
~Jom Sihat Dengan Shaklee~~


:)

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare
Munie Shaklee Murah

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

✔ Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
✔ Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
✔ Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
✔ Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
✔  Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:

✔ Dinding
✔ Permukaan dapur, jubin dan lantai
✔ Peralatan
✔ Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
✔ Tingkap dan cermin
✔ Perkakas
✔ Benda-benda diperbuat daripada kayu
✔ Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
----------------
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
<3 Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
<3 Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
<3 Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
<3 Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
<3 Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat

✔    Tidak bertoksik
✔    Tanpa gas beracun
✔    Tanpa bahan kimia berbahaya
✔    Tanpa bahan pewangi
✔    Lembut pada tangan
✔    pH seimbang
✔    Tanpa klorin

Berkesan

✔    Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
✔    Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
✔    Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam

✔    Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
✔    Biorosot
✔    Tanpa fosfat
✔    Bungkusan yang boleh kitar semula
✔    Tanpa bahan pewarna
✔    Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

~Jom Sihat Dengan Shaklee~~


SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare
Munie Shaklee Murah

Sunday, November 3, 2013

VIVIX -Power Of Life (Control ur DIABETES)

 Vivix Bantu Rawat Kencing Manis


Apa itu kencing manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

        Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.



Punca Kencing Manis
(Penemuan TERBARU Dalam Dunia Perubatan Oleh Dr. Rais Bin Abdullah)
 




 Jom amalkan tonik ajaib dari Shaklee iaitu Vivix! Berupaya membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Yang paling best ianya anti-penuaan!



"Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, 
Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan 
fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  
Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee."

Mari kita baca serba sedikit apa itu polifenol yang penuh khasiat ini.

"Kandungan polifenol hadir dalam pelbagai hasil tumbuhan seperti buah, sayur, dan juga teh herba sebagai salah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik adalah kerana ia mengandungi komposisi antioksida"

Poilfenol inilah yang akan melindungi sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Caranya ia mengikat radikal bebas dari menyerang tubuh kita dan mencegah inflamasi dan peradangan sel tubuh. Bukan itu sahaja malah ia menurunkan kadar risiko penyakit jantung, kanser dan alzheimer. Sifat antioksidannya yang kuat membuatkan ianya begitu istimewa. Bila ianya melindungi sel, secara tidak langsung akan mengekalkan awet muda kerana ia melambatkan penuaan sel.


  Jom baca testimoni yang telah mencuba pulak!



Dah habis beribu-ribu kan cuba ubat itu, ubat ini masih tak berkesan? Jom cuba Vivix dari Shaklee pula. Mana tahu berkesan dah serasi. InsyaAllah dgn izinNya 

Petikan Dari : http://ourlovebonding.blogspot.com (thanks sis)
Salam Sayang (^__^)

:)

 ~Jom Sihat Dengan Shaklee~~
Munie Shaklee Murah

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Monday, October 28, 2013

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini nak kongsi berkenaan resdung.. Apa itu resdung ye?? Jom baca kat bawah ni.. :)

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

  • Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
  •  Apabila  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Pada mererka yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  •  Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  •  Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..




PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan  untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7) Kalau ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh diamalkan.


Amalkan petua ini


Ada cara yang lebih mudah..hah jom cuba Set Resdung Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex




Salam Sayang (^__^)

:)

 ~Jom Sihat Dengan Shaklee~~
Munie Shaklee Murah

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

Thursday, October 17, 2013

Kenapa perlu side income

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi skit dengan semua kenapa perlu ada side income selain dari  gaji hakiki yang tiap bulan gerenti masuk dlm akaun bank kita..

Walau apa pun kerja kita sekarang.. Gov ke swasta ke.. Sendiri ke.. Kita perlu ade side income.. Sbb apa yer? Sbb taraf hidup kita dah semakin meningkat.. Nk byr hutang lagi.. Nk2 mcm sy ni kena byr hutang ptptn lagi(byr tiap bulan tapi mcm tak berkurang).. Rumah lagi.. 

Mencari duit lebih tak bermakna tamak atau tak bersyukur.... Tapi kita buat sebagai back up.. Mana la tau nnti keje kita ade masalah.. Tak susah nk cari side income sekarang hanya duduk rumah atau klik2 je dlm internet.. 
Sepanjang sy join shaklee ni.. Dah ramai sy kenal doktor2 yang juga buat side income dengan jualan produk shaklee..

Kenapa ye? Jawapan nya sbb produk shaklee ni bagus.. Apa yang bagus? Shaklee menghasilkan vitamin suplemen yang hanya menggunakan bahan semulajadi.. Tiada bahan kimia.. Buktinya dlm botol suplemen shaklee tak ada ubat penahan ubat seperti yang biasa kita jumpa dalam mana2 botol ubat.. 

Betul betul?

Jom same-same perbaiki ekonomi diri dan family.. Sambil2 hidup sihat dan hepi.. 

Salam sayang <3

~shaklee independent distributor~959912
Munie Shaklee Murah
Fb page : Auni health care & beauty..

Wednesday, October 16, 2013

Hilangkan keputihan

Tahukah anda?

Bahawa alfalfa boleh merawat keputihan???

Semalam jumpa my customer yang telah memcuba produk shaklee set kurus budget(alfalfa+lecithin) 2 bulan lepas.. Alhamdulillah mendapat feed back yang baik..

My customer ckp badan jadi ringan.. Dan yang paling best masalah keputihan yang dialami selama ni telah beransur hilang.. Dan repeat order! Alhamdulillah!

Best best??? 

Jom kita baca skit apa tu keputihan bagi wanita dan ia membawa ketidak keselesaan pada mahkota wanita..

Keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi. 
Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui. 

Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman. 

Sumber: BeritaHarian

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~
Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
Blog : http://aunihealthcarenbeauty.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...