BG

Monday, October 28, 2013

Set Resdung Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini nak kongsi berkenaan resdung.. Apa itu resdung ye?? Jom baca kat bawah ni.. :)

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.



TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

  • Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
  •  Apabila  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Pada mererka yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  •  Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  •  Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..




PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan  untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7) Kalau ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh diamalkan.


Amalkan petua ini


Ada cara yang lebih mudah..hah jom cuba Set Resdung Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex




Salam Sayang (^__^)

:)

 ~Jom Sihat Dengan Shaklee~~
Munie Shaklee Murah

SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912
FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

1 comment:

  1. How to login into the casino in 2021
    Here is how to do this: worrione Step 1. Go to https://septcasino.com/review/merit-casino/ the website. gri-go.com · Click on the “Login” link on the https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ right-hand side. · Click on the “Login” button to enter a live chat number. · Enter poormansguidetocasinogambling the

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...