BG

Thursday, October 3, 2013

Set Usaha Nak Baby / Set Kesuburan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tidak semua pasangan yang bernasib baik dan akan dikurniakan zuriat dengan segera.. Semua kejadian adalah Kehendak Allah.. kita perlu dan selalu ingat, Allah jua kan menjadikan sesuatu.. kita hanya mampu berusaha dan terus berusaha untuk mencapai nya.. Namun jika itu yang terbaik buat kita, Allah akan mengurniakan apa yang hamba nya hajati segera. InsyaAllah..

Alhamdulillah.. hari ini sy diberi kekuatan untuk kongsi produk suplemen shaklee yang sedang saya dan suami makan sebagai usaha kami untuk zuriat.. kali ni kami tawakal saja..ade lagi cadangan dari produk lain..tapi kami telah dibukakan hati untuk cuba shaklee.. Namun saya telah jatuh hati dengan produk shaklee ni..Kalau di takdirkan kami capai cita-cita kami..Kesyukuran yang teramat kepada Ilahi.. Jika tak dapat pun..kami redha..yang penting kami sihat dan terus sihat dengan amalkan vitamin shaklee ini..

Ok. jom kita baca skit maklumat yang dapat di cari dan untuk dikongsi bersama..



Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tanggapan ini tidak benar kerana hanya 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Dan lebih mengejutkan kerana 40% kes turut berpunca dari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

* Tiub fallopian tersumbat
* Endometriosis
* Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
* Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
* Masalah hormon
* Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
* Menopous sebelum waktunya
* Masalah tiroid
* Fibroid


Penyebab biologi di kalangan lelaki:

* Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
* Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
* Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
* Menghidap hernia
* Gangguan hormon
* Salur sperma tersumbat
* Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

* Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
* Stress dan tekanan
* Pemakanan yang tidak sihat
* Kekurangan zat
* Amalan merokok atau meminum alkohol
* Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
* Terdedah kepada pencemaran
* Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah kesihatan yang lain, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.


Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Alhamdulillah, vitamin kesuburan Shaklee telah mendapat sambutan yang agak di luar jangkaan. Buat pengetahuan anda, Shaklee turut menawarkan rangkaian vitamin semulajadi yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan tahap kesuburan suami-isteri. Ianya boleh diamalkan bersama suami isteri.
Salam Sayang  /bye

~~Jom Sihat Dengan Shaklee~~Munie Shaklee Murah
SMS/Whatsapp : 0139122428 (Pn Munie)
SID : 959912

FB Pages https://www.facebook.com/aunihealthcare

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...